PENUKARAN DAN BAYARAN BALIK

Sebarang pembelian adalah muktamad. Ps Sha Bonito tidak akan memproses sebarang penukaran atau membuat bayaran balik kepada pesanan yang dibuat setelah pesanan tersebut diproses dan diterima pembayarannya. 

Penukaran hanya dibenarkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan pesanan yang dihantar, kerosakan atau cacat cela pesanan ( kecuali kerosakkan dari pihak courier ) yang diserahkan bukti atau maklumat penting yang diminta oleh Ps Sha.

Penukaran perlu dibuat tidak lewat dari 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan anda. Bagi sebarang kesalahan penghantaran yang tidak mengikut pesanan, pesanan perlu dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan tidak pernah dibuka atau digunakan untuk digantikan dengan produk yang sepatutnya.

Ps Sha mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak penukaran pesanan mengikut garis panduan yang telah ditentukan bagi sesuatu produk.

PENGEMBALIAN PESANAN

Sebarang pembelian adalah muktamad. Ps Sha tidak akan memproses sebarang pengembalian bagi pesanan yang telah diterima pembayarannya. Hanya pengembalian yang melibatkan penghantaran pesanan yang tidak bertepatan dengan pesanan yang dibuat dibenarkan.

Pihak Ps Sha akan membuat penukaran item yang sama ( jika stock masih ada ), atau pemulangan wang yang sama nilai pembelian , atau barangan yang sama nilai tetapi berbeza warna mengikut budi bicara kedua pihak.

KEHABISAN STOCK SELEPAS PEMBELIAN BERJAYA

Pihak Ps Sha sangat pentingkan kuantiti barangan / stock yang ada sebelum dijual. Semasa penjualan berlangsung sistem website mungkin akan ada gangguan sekiranya trafic / terima kunjungan pembeli yg terlalu ramai dalam masa serentak ; atau masalah sistem online banking yang delay menyebabkan stock habis ketika / semasa sistem website sedang kemaskini maklumat bayaran diterima dan stok yang ada.

Jika item oversold ( stok habis / pembayaran diterima melebihi stok yang ada ) Ps Sha akan buat 100% bayaran balik.